Thursday 29 March 2012

Untuk Ibu-ibu di luar sana

Assalamualaikum.

Lihat, dengar dan teliti lah lagu ini...Semoga kita sentiasa mendapat restu kedua-dua orang tua kita. Ameen.

Friday 24 February 2012

Palestine Will Be Free


Sempena Hari Jumaat hari ini, bersamalah kita mengambil iktibar daripada video klip ini. Jangalah kita sesekali menyokong Israel apatah lagi mempertahankan keselamatan Israel semata-mata ingin mendapatkan sokongan daripada barat. Ingatlah nasib rakyat Palestin yang tanahnya dirampas dan diusir dari negara sendiri akibat kerakusan bangsa Yahudi. Semoga kita di Malaysia mengambil iktibar apa yang tersirat dan tersurat daripada peristiwa hitam ini. Allahuakbar!

Kalau Saya MB Terengganu...Part 1

Assalamualaikum.

Menarik untuk diperkatakan jika perkaranya adalah mengenai politik. Ya, politik yang menjurus kepada pelbagai isu dan pandangan serta persepsi yang berbeza mengikut tafsiran masing-masing. Untuk permulaan, saya tak berminat untuk bercakap tentang siapa yang menang, kalah, betul atau salah tetapi selaku orang Terengganu saya nak bercakap mengenai apa yang saya akan buat sekiranya saya menjadi Menteri Besar Terengganu?

Yang pertama sekali apabila bercakap mengenai politik, kita harus ingat kembali apa yang pernah digariskan oleh YABhg. Tun Dr. Mahatihir dalam salah satu cabaran Wawasan 2020 iaitu "Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun". Apakah maksudnya sebenar cabaran ini? Saya ingin melontarkan satu pandangan bahawa masyarakat demokratik yang matang antara lainnya adalah masyarakat yang apabila tidak mempunyai persamaan fahaman politik tetap bersikap profesional dalam melaksanakan tugas kerana ultimate goal kita adalah serve to the people atau dalam konteks negeri Terengganu, membangunkan rakyat seterusnya negeri Terengganu itu sendiri.

Oleh yang demikian, sekiranya saya menjadi MB bagi Terengganu yang mempunyai 32 kerusi DUN, katakanlah parti yang saya wakili hanya mendapat 26 kerusi manakala 6 kerusi lagi dimenangi oleh parti lawan, saya akan pastikan setiap DUN yang diwakili samaada parti Kerajaan atau pembangkang mendapat peruntukan yang sama banyak. Dalam erti kata lain, semua bajet untuk melaksanakan program dan projek yang datang daripada kerajaan persekutuan dan negeri akan disalurkan kepada semua DUN tanpa mengira parti yang diwakili. Di sinilah sebenarnya satu ukuran dan dapatan yang saya boleh lihat tentang kecekapan seseorang ADUN membelanjakan peruntukan yang diberikan. Saya sendiri akan menyediakan satu garis panduan komprehensif tentang cara bagaimanakah peruntukan itu harus digunakan bagi membantu rakyat meningkatkan taraf ekonomi seterusnya membangun dengan pelbagai kaedah kreatif dan inovatif. Saya juga akan pastikan laporan bulanan diberikan kepada saya dalam format bersepadu dan komprehensif yang saya tetapkan, supaya saya boleh menilai dengan objektif. Di sinilah peri pentingnya Indeks Petunjuk Prestasi yang mana sebenarnya, bagi saya, pencapaian seseorang ADUN itu tidak boleh diukur dengan jumlah atau peratusan peruntukan yang dibelanjakan sahaja atau bilangan program dan projek yang dibuat sebaliknya penilaian haruslah berbentuk outcome dan impak yang sebenar. Peratusan dan bilangan tadi adalah berbentuk output yang hanya sesuai dilihat pada jangka masa pendek tetapi tidak mapan sekiranya dilihat pada jangka masa panjang. 

Apa itu outcome dan apa itu impak?

Outcome adalah hasil yang dapat dilihat dan dirasa oleh stakeholders yang terlibat dalam jangka masa sederhana selepas program dan projek dilaksanakan manakala impak pula adalah hasil yang dapat dilihat dan dirasa oleh stakeholders yang terlibat dalam jangka masa panjang selepas program dan projek dilaksanakan. Saya akan mengulas lebih lanjut lagi dalam post yang akan datang.

Berbalik kepada perkara pertama yang saya akan buat tadi, sebenarnya ini adalah manifestasi masyarakat demokratik yang matang dalam erti kata konteks Malaysia mengikut pandangan saya. Perbezaan parti yang diwakili bukanlah satu halangan bagi setiap ADUN melaksakan tugas kerana mereka telah dipilih oleh rakyat. Kehendak rakyat harus dihormati. Sepatutnya tidak timbul lagi retorik politik yang mengatakan peruntukan akan dibelajakan ke arah memantapkan parti masing2 kerana garis panduan dan format laporan penilaian adalah jelas dan komprehensif, sepatutnya tidak ada ruang untuk mereka memanipulasikan itu. Sekiranya ada pun, maka Jawatankuasa Khas di peringkat pelaksana harus ditubuhkan bagi mengkaji dan menyiasat setiap dakwaan yang timbul. Pada saya, nampak pada permulaan sememangnya mungkin ada sedikit sebanyak masalah tetapi pada jangka masa panjang, inilah perkara yang paling praktikal untuk dilaksanakan. 

Dalam erti kata lain, sekiranya saya sebagai MB, parti yang saya wakili kalah di satu kerusi DUN, TIDAK PERLU lagi saya melantik Pegawai Penyelaras untuk DUN tersebut yang selalunya terdiri daripada calon yang kalah. Cukup hanya dengan kuasa saya sebagai ketua parti di negeri Terengganu, melantik seorang penyelaras untuk menjalankan kerja-kerja bagi pihak parti saya di DUN tersebut dan tiada kena mengena dengan peruntukan kerajaan. Inilah ketelusan yang harus dibuat dan dilaksanakan selaras dengan cabaran ke-3 Wawasan 2020. Di tempat saya di DUN Bukit Payung, ada Pegawai Penyelaras yang terdiri daripada calon satu parti yang kalah, nampaknya bertindak sebagai 'wakil rakyat' meskipun dia bukan wakil rakyat yang sah di kawasan itu. Setiap kali musim perayaan dan peperiksaan, mukanya bergelimpangan merata-rata di seluruh pelusuk DUN Bukit Payung. Macamlah DUN tu dia yang punya. Saya yakin peruntukan kerajaan ada disalurkan kepada dia untuk diagihkan. Saya tak salahkan dia dalam hal ini. Itu hak kerajaan negeri dan sekiranya saya MB itulah perkara yang saya akan tukar sebagaimana yang saya sebutkan. Saya juga percaya dia agak sukar untuk menang sekiranya diletakkan kembali bertanding dalam PRU 13 akan datang kerana dia macam semut, di mana ada semut, di situ ada gula...Ramai la penyokong dia yang melambung.

Perkara kedua pula yang saya akan buat memastikan saya mempunyai pasukan yang kuat dalam mentadbir negeri. Dengan negeri Terengganu yang mempunyai bilangan penduduk miskin yang banyak, jentera kerajaan haruslah kuat. Jentera yang kuat mesti didokongi oleh MB yang kuat. MB sahaja yang kuat tidak cukup kerana pasukan yang menyokong MB perlu kuat. Di sinilah peri pentingnya penasihat2 dan pegawai2 MB. Saya perlu mempunyai pasukan jentera yang mempunyai kepakaran dalam beberapa bidang ini:

  1. Ekonomi dan Sosio Ekonomi
  2. Pembangunan dan Pengurusan Projek
  3. Kewangan dan Akaun
  4. Pendidikan dan Kebajikan
  5. Politik dan Agama
Bidang2 tersebut mungkin hanya sebahagian yang perlu ada dalam jentera pasukan MB. Saya tidak kisah samaada latar belakang pegawai itu adalah daripada sektor swasta, kerajaan negeri sendiri, kerajaan persekutuan ataupun konsultan. Yang penting, mereka perlu objektif dan tahu peranan masing2. Kenapa saya kata pasuka MB perlu kuat? Supaya tidaklah timbul MB yang tidak tahu apa yang dibuatnya. MB yang cakap atau kenyataannya merapu meraban. Takkan anda mentadbir sebuah negeri selaku CEO, anda nak bercakap mengenai baiki atap rumah orang sahaja? Anda pasti biasa mendengar MB bercakap "kita akan/telah luluskan peruntukan sekian2 juta untuk membantu/mengatasi masalah ini". Takkan itu sahaja? Tabur duit merata2 tapi hasilnya siapa yang ukur? Siapa yang nilai? Siapa yang untung daripada kelulusan peruntukan berjuta2 tu? Ini adalah antara persoalan yang selalunya timbul.

Di manakah agenda pendidikan? Di mana program tersusun untuk mengeluarkan rakyat dari kemiskinan? Takkan baiki atap je? Atap stadium yang runtuh pun dok baiki2 lagi sampai sekarang. Atau takkan kita nak kasut kita je kilat, kasut orang lain tak nak kilat ke? Mana projek2 untuk membawa pelabur luar masuk...Saya difahamkan FDI yang masuk ke Terengganu tahun 2010 dan 2011 hanya sedikit sahaja. Itupun saya yakin semua jumlah yang dikatakan dibawa masuk itu bukan jumlah yang sahih. Maka, sebab itulah saya katakan, sekiranya saya MB saya perlu mempunyai pasukan yang kuat untuk membantu saya dalam membuat keputusan. 

Ok. Setakat itu dua perkara yang utama yang saya akan lakukan. Banyak lagi idea yang saya ada sekiranya menjadi MB Terengganu? Post2 lain akan menyusul kemudian. Meanwhile saya juga akan bercakap mengenai perkara2 lain. Ini hanyalah manifestasi idea2 saya selaku orang yang rapat dengan bekas2 pucuk pimpinan Terengganu dan juga saya harus bersikap kritikal terhadap perkembangan mutakhir di negeri saya yang saya boleh sifatkan tidak banyak berubah.

Jumpa lagi. Assalamualaikum.

Thursday 23 February 2012

Cinta dan Benci


Sempena Zahra dan Ezridayanty Idrus yang suka sangat drama Vanila Coklat sebab katanya Izara Aishah dan sorang mamat hensem berlakon. Ada satu lagu yang selalu dipasang. Enjoy.

Wednesday 22 February 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana atas izinnya juga saya berjaya capai keputusan yang baik dalam Peperiksaan Sem 1, Sesi 2011/2012, pengajian peringkat Sarjana. Terima kasih isteri dan anak-anak serta ibu bapa dan seluruh keluarga saya. InsyaAllah akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk Semester yang akan datang.

Ohh...Kereta baru saya pun akan sampai beberapa hari lagi...haha...Nak tau kereta apa? Kena tunggu saya update nanti ok.

Ok. Jumpa lagi. Wassalam.