Thursday 13 June 2013

The birth of Zarifa

Salam.

Adalah terlalu pedih untuk bercerita. Anak ketiga saya, Nur Wafiatul Zarifa, yang lahir pada 7 Februari 2013  adalah seorang bayi yang sangat istimewa. Dia dilahirkan sebagai bayi yang menghadapi 'chromosome disorder' pada kromosom no. 18, yang dipanggil sebagai Trisomy-18 atau Edward Syndrome. Berita yang diterima sangat mengejutkan. Saya perturunkan kembali catatan saya yang dibuat melalui Facebook, hampir sebulan selepas kehadiran Zarifa.

----

Alhamdulillah.Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Tepat jam 8.47 pagi, 7 Februari 2013, isteriku selamat melahirkan cahaya mata ketiga kami, baby girl, diberi nama Nur Wafiatul Zarifa. Apabila lahir sahaja, Dr. telah rasakan sesuatu yang tidak kena pada bayi ini dan baby terus dibawa ke NICU, PMC untuk pemeriksaan lanjut pediatrician . Aku tidak mengambil berat sangat dengan anggapan semuanya akan OK. Namun pada sebelah petang hari yang sama, pediatrician selepas memeriksa semula bayi memaklumkan yang bayi ketiga kami ini mempunyai masalah kesihatan. Yang pertama, masalah jantung yang mana hanya sebelah sahaja yang mempunyai injap manakala yang sebelah lagi tertutup, namun apa yang lebih menakutkan adalah yang kedua, pediatrician suspect yang Zarifa ada menghadapi masalah Trisomy 18 atau lebih dikenali sebagai Edward Syndrome. Sahabat2 boleh google dengan lebih lanjut tentang perkara ini namun boleh dikatakan yang baby Edward Syndrome selalunya tidak bertahan lama. Aku tidak mampu berkata apa-apa, hanya menahan sebak dan pada masa yang sama bertanyakan diri sendiri, kenapa kami? Kenapa kami yang diuji sebegini? Bagaimana pula nak maklumkan kepada isteri yang masih dalam tidak bermaya kesan pembedahan di sebelah pagi. Namun, kugagahi dan ceritakan masalah yang berlaku kepada isteri. Ibu mana yang tidak sedih? Ibu mana yang tak sedih jika baby yang baru saja dilahirkan menghadapi masalah sebegini besar? Hampir seminggu kami bingung, confuse, terpinga-pinga. Namun, pada akhirnya, kami berjanji yang tidak kiralah apa yang berlaku, kami akan jaga, berikan yang terbaik terhadap anugerah Allah yang tidak ternilai ini. Selepas isteri disharge dari PMC, kami berulang alik dari rumah di Shah Alam ke PMC, setiap hari, aku datang seorang sebelah pagi bawa bekalan EBM dari mamanya, duduk dengan Zarifa sampai tengah hari, baca dan tiupkan ayat-ayat suci Al Quran dan pada sebelah petang/malam, bawa mama Zarifa ke PMC. Selepas 10 hari, pediatrician confirmed tentang Edward Syndrome hasil ujian lab yang dibuat. Tiada lagi kejutan, memang sudah dijangka kerana kami yakin pandangan pediatrician sebelum ini. Pada mulanya Zarifa dibantu sepenuhnya dengan bantuan tekanan oksigen untuk bernafas, selepas 16 dan melihatkan Zarifa makin selesa bernafas, kami decided untuk bekalkan hanya sedikit bantuan oksigen sahaja dan selepas hari ke 18, Zarifa bernafas sendiri tanpa bantuan oksigen lagi. Pada hari ke 25, Zarifa sesak nafas, mukanya nampak agak biru dan jelas nampak tidak bermaya. Walaupun cuba untuk tenang, kami tetap gelabah, dan takut kehilangan Zarifa. Alhamdulillah, Zarifa kembali stabil 4-5 jam selepas itu. Hari ini, setelah hampir 28 hari di NICU, PMC, kami decided untuk bawa Zarifa pulang ke rumah. Tiada apa lagi yang boleh dibuat di PMC. Sesusah manapun insyaAllah, ayah dan mama serta keluarga akan jaga Zarifa sepertima mana kami jaga dan besarkan anak-anak yang lain. Walaupun tiada apa boleh dibuat kepada masalah jantung Zarifa, kami akan berikan yang terbaik untuknya kerana itulah anugerah Allah yang sangat bernilai bagi kami. Kami berdoa kepada Allah diberikan kekuatan menghadapi ujian ini dan juga berdoa agar ujian ini akan makin mendekatkan kami dengan Allah. Kami bersyukur dengan rahmat ini dan sedar sebenarnya, masih ada lagi ramai di luar sana yang jauh lagi susah dan berat ujiannya. InsyaAllah, Zarifa akan kami jaga sebaik mungkin. Terima kasih keluarga dan rakan-rakan yang melawat, yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.

--------
Zarifa selepas sejam dilahirkan - Terus diberikan tekanan oksigen
Zarifa just before going home for the 1st time after 28 days in NICU
Zarifa as of 11th June 2013 - Sangat comel!



Alhamdulillah - I've graduated!


Alhamdulillah. Praise to Allah. Finally I graduated with MSc in Integrated Construction Project Management.  

First and foremost, I would like to thank Allah SWT for giving me the strength to successfully accomplish Master of Science in Integrated Construction Project Management. It has been a great and pleasurable experience as a Master student in the prestigious institution – UiTM.

To start with, I had chosen this programme since it has perfect combination of various knowledge and skills related to Project Management through multi-approaches learning medium together with experienced and competent lecturers. As an Administrative and Diplomatic Officer, I believe that this programme will enhance my competency and capability particularly in Project Management field in order for me to serve the nation better.                               

As the classes were conducted in the evening, I have ample time during the day; have a quick reading on the notes prior to the class, completing assignments as well as coordinating group discussion among colleagues. I must say that wise time management between studying and family life is the key to my success.

On the other hand, I believe that every Post Graduate student must have critical thinking skills, ability to analyse and synthesize information systematically and also have right attitudes towards learning process. I would like to share that focus, discipline and maturity are the driving forces that led to my successful in my Master study.

It is also crucial to highlight the significance of human relations as there should be regular interactions between students and lecturer where it must be based on mutual respect and in conducive learning medium; and that environment was applicable throughout my learning journey in UiTM.

For me, I believe that my family is very influential in charting my success. I will not be successful without strong support from my wife, my children, Zahra, Zulfa and Zarifa whom have been my inspiration, my parents’ blessing and also never ending encouragements of family members. I am also grateful to JPA that granted me study leave and scholarship.

Finally, I wish to concur that all factors above will not bring me anywhere here without the provision and providence of Allah. Alhamdulillah.

Thursday 26 April 2012

Assignment and Award

Assalamualaikum.


Rasanya dah lama tak update blog ni. Semenjak dah masuk balik semester baru yakni semester 2 awal bulan Mac yang lepas, memang rasanya susah even nak bukak blog sendiri even though almost tiap-tiap hari laptop. Konon-kononnya banyak assignment nak kena buat, tapi yang sebenarnya rutin tiap-tiap hari seperti baca paper online, baca blog politik, facebook dan sebagainya dulu. Assignment kemudian la. hihihi..

Ok. Right now I am at Proton Service Centre as my new Exora Bold needs to be checked its current health and the system as well. I bring my laptop along with me konon-kononnya nak buat assignment sambil tunggu, haha..yes I did writing my Managing People assignment just now, but currently I'm waiting for my best friend in INTAN to deliver to me some information and data that I need to 'fry' the assignment.

Talking about assignment, I would like to share with all of you my experience in completing group assignment on one of my favourite subject for this semester which is Corporate Strategic Management and Organizational Behaviour. Although the group consists of four students, I can say that almost 95% I done it myself. One of my colleague did give me his part of assignment in the early morning of presentation and delivering day. What the hack? haha...Luckily the information that he gave me is relevant to what that I need to complete the assignment. Although I just only took his point, and I rewrite all the paragraph, it was still Ok for me since he delivered although the duration he taken to do that is regrettable.

So, how about another two? haha...I can happily say that they were not contributing at all. Yes, that is the fact. However, I am not that cruel to deny their involvement and after I lectured to them on their attitude and behaviour, I would like to see changes come from them.

Begitulah, budak-budak ni, saya cukup tak boleh terima alasan kerja, kerja macam mana pun, kalau dah nak belajar kena la commit untuk sama-sama siapkan assignment.

Apapun, malam tu masa presentation, Alhamdulillah, Prof. tu sangat suka kerja yang saya buat. Report dan presentation, point yang diberi, critical thinking yang dibuat semua mendapat pujian daripada Prof. tu. Sehinggalah, Prof. tu punya ayat "In my teaching history, this presentation is the most memorable one". Wow! ahaha..bukan nak belagak, tapi rasanya itulah yang sebenarnya masters student kena buat. Make it as perfect as you can. Come out with your critical thinking. Do a lot of readings. InsyaAllah the assignment will be good since there is no right or wrong, we are all in learning curve. So, just do it.

One more thing to share. I was awarded Post Graduate Award for my achievement on obtaining 3.91 GPA in my first semester. InsyaAllah. Please pray for me to repeat the success in this 2nd semester and insyaAllah subsequently in my 3rd semester. My target is to obtain 4 flat insyaAllah for these two semesters.

Wah, my car is ready. So, till to see all of you again. InsyaAllah.

Assalamualaikum.

Thursday 29 March 2012

Untuk Ibu-ibu di luar sana

Assalamualaikum.

Lihat, dengar dan teliti lah lagu ini...Semoga kita sentiasa mendapat restu kedua-dua orang tua kita. Ameen.