Thursday 9 February 2012

Cuti2 Malaysia - Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah


Assalamualaikum.

Entry ni nak spesifik pasal percutian keluarga kitorang di Kota Kinabalu, Sabah.

Sabah memang sebuah negeri yang sangat cantik di Malaysia dan antara negeri tercantik di Sabah selain daripada negeri saya iaitu Terengganu (hahaha...nak puji jugok terannu). Saya dah 3 kali ke Sabah sebelum ini dan semuanya atas urusan kerja, kebetulan memang dah pendam hasrat dan hajat nak bawak family jalan2 ke Sabah dan iyak2 (tau tak apa maksud iyak2? iyak2 ni mcm seronok2, best2, jakun2, lebih kurang camtu la). Alhamdulillah diizinkan Allah, kami sekeluarga sampai juga di Sabah.

Hahaha....tapi yang bestnya saya dah susun semua jadual perjalanan, penginapan dan jalan2 dan kali ni isteri yang kene ikut saja. Konon2nya sebab saya dah biasa pegi Sabah la, padahal saya susun itenarary ni memang nak suruh dia ikut. Orang kata jauh berjalan, luas pemandangan, luas pengetahuan...So, saya dah susun sampai2 shj Sabah kitorang sewa kereta dan terus ke Kundasang..alaa..area dkt kaki Gunung Kinabalu tu...and Alhamdulillah isteri saya suka kat situ, walaupun kene travel almost 2 hours daripada KK, tapi bila sampai tempat tu memang awesome...cantik, sejuk, pemandangan yang sangat cantik. Kitorang menginap di satu hotel dalam 2-3 star rasanya, Kinabalu Pine Resort. View daripada bilik kitorang memang breathtaking la...cuma kalau kitorang diberi bilik yang lebih atas memang lebih cantik la.

Cantik kan?

Sebelah petang hari first kitorang sampai tu, just pusing2 pekan Kundasang saje. Tak banyak yang boleh dibuat, tempatnya walaupun saya rasa lagi sejuk daripada Cameron Highland sekarang, tapi masih tidak dicerobos dengan pembangunan. Masih kekal dengan imej luar bandar yang bagi saya memang sangat baik. Cuma apa yang boleh kerajaan negeri perbaiki adalah daripada segi kemudahan asas yang perlu ditambahbaik. Esok pagi2 nya kitorang bangun awal gak la sebab Subuh masuk awal kan... dan kitorang explore resort tu, ambik gambar banyak2, sejuk2, iyak2 sampai Zahra dah bosan nak bergambar...asyik2 ambik gambar, zahra nak swimming dia kata....nak swimming bukan hotel camni kak, hotel ni pun tak sanggup buat swimming pool taknak bagi customer beku..hahaha..kitorang sempat pegi Poring Hot Springs dan jugak Sabah Tea garden..sebagai penggemar tea memang saya plan nak pegi situ dan alhamdulillah sampai jugak, sebelum ni saya dah pernah pergi Boh Tea dan Bharat Tea di Cameron, tempatnya lebih kurang shj, cuma waktu saya pegi Sabah tea ni takde org..best gila kitorang je ada kat situ waktu tu...

Lepas check out drp Kundasang kitorang turun terus ke KK dan check in pulak kat ShangriLa Tanjung Aru...I think that was the most interesting time to Zahra sebab swimming pool dia bapok beso, ada slides pulak tu...memang best la budak tu swimming. Zulfa pun sama2 turun air tapi yang best dia merangkak je kat tepi swimming pool tu memandangkan swimming pool tu conceptnya macam pantai, landai je...comei gila tgk Zulfa merangkak tepi air....

Esoknya kitorang check out Tanjung Aru dan check in pulak kat Le Meridien, kete sewa pun saya pulangkan balik since dkt area ni accessable to everything, makan pun senang, teksi pun senang, so no point sewa kete lagik. Yang bestnya isteri saya kagum2 dgn ikan2 yang sgt frest kat pasar malam dkt depan pasar filipina tu, makk aiii..dia borong ikan bilik tak hengat...abis la saya makan ikan bilis banyak la...kitorang sempat jugak ke Lok Kawi Wildlife Park tgk orang utan, gajah, harimau malaya pun ada...so, sapa2 yang dok kata team bola kita sepatutnya harimau Malaysia sebab nama kita Malaysia la apa la, kene tgk balik sejarah kita panggil team bola kita kenapa sebab nak disesuaikan dengan sifat harimau malaya yang garang mengaum, so nama dia memang dah diberi dari dulu harimau malaya, bukan maksudnya org semenanjung shj yang boleh sokong..tak...tapi dah nama diberi gitu, tapi membawa maksud yang harimau malaya tu adalah team bola Malaysia..mudah je nak faham kan...yang susah2 dok belit sana belit sini kenapa? haha..

Esoknya kitorang pegi naik bot ke Pulau Manukan. Hajat di hati nak snorkelling, tapi last2 main air dgn wife, Zahra dan Zulfa sahaja sebab derang pun nak main air. Si Zulfa bukan main seronok main air, siap ambik jari hisap air laut lagi..masin..si Zahra pulak takut sket, asyik2 ayaahhhh...pegang Zahra...pegang Zahra...alaa akak, bukannya dalam pun, ombak pun takda...jalan je la dalam air..dia takut ikan bilis yang dok berenang kat tepi2 pantai...haha...My wife pun seronok sgt2 rasanya..Alhamdulillah la...mungkin belum rezeki lagi ke oversea kali ini...tapi over the sea ke Sabah pun saya dah bersyukur...walaupun saya dan isteri penat, tapi Alhamdulillah nampak jelas anak2 kami happy. 

Bagi saya itu yang paling penting, sebagai ayah dan suami, saya kena dahulukan mereka dahulu daripada saya. Mereka happy saya pun happy. Bercuti ni pun satu perkara yang baik untuk keluarga. Macam saya, kami ada tabung khas yang disimpan untuk bercuti, so tabung ni dah hampir kering sebab pegi Sabah hari tu...ahaha...nampaknya kene start isi balik untuk target pegi jalan oversea (dkt2 je la) next year pulak..so takleh la membazir beli ngarut2 yer...hehe...okla sampai sini dulu. Jumpa lagi Wassalam.

Pengenalan

Assalamualaikum.

Sebenarnya dah lama terasa nak start dan menulis dalam blog sendiri. Tapi entah sebab apa sangat la susah nak mula. Tiba-tiba semalam rasa macam nak google dan search create your own blog dan tiba2 boleh pulak termula start dan menulis.

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang membukakan pintu hati dan menggerakkan anggota badan untuk mula menulis. Tapi apa yang nak ditulis sebenarnya? Rasanya apa2 yang menarik semua boleh ditulis dalam ni untuk dikongsi dengan orang yang rajin nak baca. Tanak baca sudah. Boleh gitu? wakaka...

Oklah. Saya sebenarnya rasa yang saya ada bakat menulis tapi bakat itu hanya dipendam sahaja. Buktinya? hahaha...nak citer ni bukan nak belagak tapi itu adalah hakikat. Dulu masa saya darjah 6 saya pernah masuk peraduan menulis cerpen anjuran Dewan Pelajar dan DBP yang mana cerpen saya menang cerpen terbaik. Derang letakkan 5 cerpen terbaik tahun 1993 atau 1994 rasanya dan diterbitkan dalam buku kompilasi pemenang2 cerpen dan puisi. Nak dijadikan cerita yang tajuk cerpen saya juga digunakan sebagai tajuk besar buku kompilasi tu. Nak tau apa tajuknya? hehe...Jaguh Kampung. Cerita tu mengisahkan seorang pelajar ni yang pernah kalah dalam sukan ping pong di peringkat negeri rasanya, untuk tahun berikutnya die berlatih bersungguh2 dan akhirnya menang. Simple kan? Tapi mungkin cara cerita itu disusun dan motif kesungguhan tu yang berjaya memikat hakim2 pada masa tu. Saya ingat lagi pergi ke DBP dengan ayah untuk ambil hadiah dgn Pengerusi DBP masa tu, tak silap saya Allahyarham Datuk Abdul Rahim Bakar, bekas MB Pahang rasanya.

Lepas2 tu dah tak menulis cuma ada dua, tiga kali tulis rencana untuk ruang pelajar menulis dalam Berita Harian masuk 2 kali dan ada tulis pasal penempatan lokasi universiti terengganu masuk Berita Harian jugak rasanya.

Apapun, harapan saya ini permulaan yang baik untuk berkongsi apa2 yang saya rasa boleh berkongsi dengan sesiapa yang baca.

Jumpa lagi. Wassalam.


Wednesday 8 February 2012

Salam Perkenalan

Assalamualaikum.

Salam perkenalan dan permulaan daripada saya.