Thursday 9 February 2012

Pengenalan

Assalamualaikum.

Sebenarnya dah lama terasa nak start dan menulis dalam blog sendiri. Tapi entah sebab apa sangat la susah nak mula. Tiba-tiba semalam rasa macam nak google dan search create your own blog dan tiba2 boleh pulak termula start dan menulis.

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang membukakan pintu hati dan menggerakkan anggota badan untuk mula menulis. Tapi apa yang nak ditulis sebenarnya? Rasanya apa2 yang menarik semua boleh ditulis dalam ni untuk dikongsi dengan orang yang rajin nak baca. Tanak baca sudah. Boleh gitu? wakaka...

Oklah. Saya sebenarnya rasa yang saya ada bakat menulis tapi bakat itu hanya dipendam sahaja. Buktinya? hahaha...nak citer ni bukan nak belagak tapi itu adalah hakikat. Dulu masa saya darjah 6 saya pernah masuk peraduan menulis cerpen anjuran Dewan Pelajar dan DBP yang mana cerpen saya menang cerpen terbaik. Derang letakkan 5 cerpen terbaik tahun 1993 atau 1994 rasanya dan diterbitkan dalam buku kompilasi pemenang2 cerpen dan puisi. Nak dijadikan cerita yang tajuk cerpen saya juga digunakan sebagai tajuk besar buku kompilasi tu. Nak tau apa tajuknya? hehe...Jaguh Kampung. Cerita tu mengisahkan seorang pelajar ni yang pernah kalah dalam sukan ping pong di peringkat negeri rasanya, untuk tahun berikutnya die berlatih bersungguh2 dan akhirnya menang. Simple kan? Tapi mungkin cara cerita itu disusun dan motif kesungguhan tu yang berjaya memikat hakim2 pada masa tu. Saya ingat lagi pergi ke DBP dengan ayah untuk ambil hadiah dgn Pengerusi DBP masa tu, tak silap saya Allahyarham Datuk Abdul Rahim Bakar, bekas MB Pahang rasanya.

Lepas2 tu dah tak menulis cuma ada dua, tiga kali tulis rencana untuk ruang pelajar menulis dalam Berita Harian masuk 2 kali dan ada tulis pasal penempatan lokasi universiti terengganu masuk Berita Harian jugak rasanya.

Apapun, harapan saya ini permulaan yang baik untuk berkongsi apa2 yang saya rasa boleh berkongsi dengan sesiapa yang baca.

Jumpa lagi. Wassalam.


No comments:

Post a Comment