Tuesday 14 February 2012

Kenapa Pengurusan Projek?

Assalamualaikum.

Untuk makluman rakan2, saya ni sebenarnya pekerja yang tidak bekerja. Kenapa macamtu ek? hehehe.... sebenarnya buat masa sekarang kerajaan bayar saya untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Makanya, saya sekarang ni baru sahaja selesai Sem 1 di UiTM Shah Alam, buat masters dalam bidang Integrated Construction Project Management di Fakulti SeniBina, Perancangan dan Ukur. Soalnya, kenapa Project Management? Untuk makluman rakan2, latar belakang saya masa first degree adalah Kejuruteraan Mekatronik daripada UTM Skudai. Apabila saya join PTD pada Februari 2005, saya ditempatkan di INTAN Bukit Kiara. Walaupun tak pernah buat kerja pembangunan, sebelum saya cuti belajar, saya telah mengajar penjawat awam yang lain tentang projek pembangunan...haha..macam mana tu? Itulah saya pun pelik. Namun begitu, saya yakin yang Allah itu Maha Kuasa. Daripada situlah minat saya tentang Pengurusan Projek (PM) meningkat dan sebab itulah saya memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ni.

Sebenarnya, saya telah mula mohon biasiswa kerajaan sejak saya layak memohon lagi dan Alhamdulillah, kali ketiga saya memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) ni, barulah saya dapat. Nak pergi oversea memang tak layak la sebab english pun gagap macam khalid gagap...wakaka...Apapun, saya bersyukur diberi peluang melanjutkan pelajaran. Makanya, sekarang ni tengah tunggu keputusan exam Sem 1 saya keluar. Entah bila nak kuar ni taktau lagi...dan agak2nya macam mana result exam saya yer?hahaha...susah nak cakap la bro.

Sebenarnya, bidang PM ni mempunyai potensi yang sangat tinggi sekiranya dikuasai dengan baik. Apatah lagi kalau pembaca2 sekalian lihat, setiap tahun macam2 isu dan masalah yang timbul yang disebutkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Apart from integrity and accountability issues as the result of corruption and misused of power by several politicians and senior government officials, many people seem to ignore the facts that government officers themselves are not efficient and competent enough to initiate, plan, implement, monitor and evaluate development projects. Sebab itulah, sangat penting ilmu asas atau fundamental tentang PM diterapkan dan difahami dengan lebih mendalam oleh pegawai2 kerajaan. Apatah lagi dengan pelbagai inisiatif atau cara projek2 pembangunan dijalankan oleh kerajaan, memang pegawai2 awam esp. PTD kena betul2 faham tentang konsep dan kaedah pembangunan supaya at the end of the day, kerajaan bukanlah di pihak yang rugi. 

Contoh yang sangat mudah, kerajaan sekarang tidak lagi ada keupayaan nak laksana dan biayai semua projek2 pembangunan atas sebab perbelanjaan berhemah dan juga nak kurangkan defisit dalam bajet tahunan kerajaan. Tetapi, masalahnya projek pembangunan perlu diteruskan. Pembinaan infrastruktur asas, moden dan kemudahan awam perlu dibuat. Makanya, di sinilah timbul pelbagai istilah yang agak baru dalam pentadbiran kerajaan seperti Public Private Partnership (PPP), Private Financed Initiative (PFI), Value Management (VM), kaedah Rolling Plan dalam RMK-10 serta apa yang dikatakan sebagai new wave of Privatization. Sebenarnya, kaedah2 ini diperkenalkan oleh kerajaan adalah tepat pada masanya atau even agak terlewat dalam nak menangani kos pembangunan yang makin lama makin meningkat. Itu belum masuk lagi kos tambahan sekiranya ada time overrun ataupun sebarang variation order (sebarang perubahan kerja) dan juga kos untuk menyenggara.

Di sinilah sebenarnya peranan yang harus dimainkan oleh pegawai2 kerajaan. Sebagai penggubal dasar dan juga pelaksana dasar, harus dipastikan bahawa sebarang arrangement dan juga persetujuan yang dibuat antara kerajaan dan pihak swasta ataupun GLC, perlulah ada situasi menang-menang dan juga kerajaan tidak berada di pihak yang rugi. Apa yang saya perhatikan, dalam tempoh jangkamasa panjang, dilihat kerajaan banyak mengalah dan kadangkala dapat dilihat jelas kerajaan is on the losing side. 

Tadi saya ada baca tentang apa yang disebut oleh YAB Perdana Menteri mengenai perlunya kaedah baru  dalam menyelesaikan masalah yang bersifat cross agency supaya perkhimatan yang lebih cekap dan berkesan dapat diberikan kepada rakyat dengan menggunakan idea yang lebih segar dan kreatif beserta jalan penyelesaian yang lebih inovatif. Pembaca boleh check link ni:                         http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/14/nation/10732845&sec=nation

This is closely related to the problem that always appears in managing development project. The cross agency problem that includes many government departments and agencies as well as other companies such as TM and TNB needs an integrated solution with innovative and creative thinking by the officers involved. Thus, I believe that the move by YAB PM to replace Cabinet Committee with a new approach of innovative problem solving method is timely and should be supported by the government officials. Nevertheless this new approach should not be wrongly used by any party especially the so-called consultant to start barking and put idea that at the end of the day difficult to be defended by the government.

Saya rasa setakat ini sahaja entry saya pada kali ini. Kebetulan terlintas di kepala nak tulis pasal project management kali ni. Harap semua dapat doakan kejayaan saya dapat 4 fla atau tinggi2 la untuk Sem 1 kali ni...haha..insyaAllah..Wassalam.

2 comments:

  1. salam..

    saya pun tengah duk survey pasal ICPM kat UiTM ni...my lecturer kata facilities management pun bagus untuk government servant..n for those yang xde background QS n project management, ICPM will be a bit difficult to catch up. what say you?

    ReplyDelete
  2. Salam. Sorry for taking a long - very long time to respond to your comment. ICPM is a good course, I can say that compared to other MSc courses under FSPU, UiTM, ICPM is the toughest one. Hence, for me that dont have any project management background, can follow and Alhamdulillah, graduated on time, is clear testimony that ICPM can be cathed up if you have the will to do that. Good luck with your choice!

    ReplyDelete